Pages

Friday, October 2, 2015

Empat Kawasan catat IPU Tidak Sihat Sehingga Jam 2

Jerebu



KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu di empat kawasan di Melaka dan Negeri Sembilan masih belum reda dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)adalah pada tahap tidak sihat setakat 2 petang ini.

Bacaan IPU di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai masing-masing mencatatkan bacaan IPU 105 dan 107 berbanding 113 dan 111 pada sebelah pagi. 

Port Dickson dan Seremban pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 102 dan 103 berbanding 113 dan 110 pagi tadi.  

Sementara itu, sebanyak 30 kawasan mencatatkan bacaan IPU sederhana termasuk Banting (100), Larkin Lama (94), Putrajaya (92), Nilai (91), Balok Baru, Kuantan (96), Kemaman (91), Pasir Gudang (90), Batu Muda, Kuala Lumpur dan Pelabuhan Klang masing-masing 83 dan Shah Alam (81).    

Sepuluh kawasan di Sabah dan Sarawak pula kekal mencatatkan bacaan IPU sihat antara 26 dan 50 sejak 9 pagi tadi.    

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).    

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. - Bernama


Sumber : SInar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078