Ditanya mengenai 6,000 pekerja yang dilepaskan di bawah pelan pengurangan pekerja, Ong berkata:
 "Saya tetap berpendapat langkah mengurangkan pekerja perlu dilaksanakan, walaupun ia satu
keputusan sukar tetapi langkah pemberhentian pekerja ini patut merangkumi pihak pengurusan
dan bawahan, seperti yang telah dilaksanakan MAS.
 
Menyentuh mengenai rancangan pihak pengurusan baharu untuk membentuk semula budaya kerja
di MAB, beliau berpendapat mengubah budaya adalah satu ujian besar kepada pihak pengurusan
kerana memandangkan amat sukar untuk mengubah "tabiat-tabiat lama".
 
"Perlu ada orang baharu untuk membentuk semula budaya baharu. Tetapi pada sudut yang lain,
pembentukan budaya baharu perlukan satu imbangan yang bersesuaian dalam menguruskan
tenaga kerja sedia ada.
 
Kakitangan MAB perlu diberi pemahaman bahawa masa depan mereka bergantung dan berkait
rapat dengan keseluruhan entiti. Jika MAS Baharu mempunyai masa depan yang cerah, maka
pekerjaan mereka lebih terjamin dalam entiti baharu dan sebaliknya.
 
Bekas Menteri Pengangkutan tersebut juga beranggapan bahawa pihak pengurusan baharu juga
tentu mengharapkan bahawa MAB bebas daripada campur tangan politik sekali gus memudahkan
pengurusan syarikat penerbangan berkenaan.
 
"Tetapi kita tunggu dan lihat sejauh manakah kesungguhan kita dalam mengembalikan syarikat
penerbangan negara ke landasan keuntungan tanpa campur tangan politik," kata beliau mengakhiri
temu ramah.  - Bernama


Sumber : Sinar Online