Pages

Tuesday, October 20, 2015

Tiga Penerbangan Dibatalkan Hari Ini


Jerebu

IPOH - Tiga penerbangan keluar di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini dibatalkan berikutan jarak ketampakan yang rendah akibat jerebu hari ini.

Pengurus Lapangan Terbang LTSAS, Mohd Ali Osman juga berkata dua penerbangan yang sepatutnya mendarat di LTSAS dilencongkan ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang manakala penerbangan Firefly dari Singapura ke sini dibatalkan. 

Beliau berkata penerbangan keluar yang dibatalkan itu membabitkan dua pesawat Fire Fly, masing-masing ke Singapura pada pukul 11.35 pagi dan Johor Baharu pukul 12.05 tengah hari serta Malindo Air ke Singapura pukul 12.20 tengah hari.

Mohd Ali berkata tiga penerbangan itu terpaksa dibatalkan susulan jarak ketampakan hanya 1,000 meter pada pukul 12 tengah hari dan 1,200 meter pada 1 tengah hari.

"Penerbangan Fire Fly FY3543 ke Singapura membabitkan 37 penumpang, penerbangan FY2253 pula 52 orang manakala Malindo Air OD821 seramai 126 penumpang.

"Semua penumpang telah dimaklumkan lebih awal berhubung pembatalan itu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan Fire Fly menyediakan bas untuk membawa penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) manakala Malindo Air membuat bayaran balik kepada penumpang.

Sementara itu, Mohd Ali berkata dua penerbangan yang dilencongkan ke Subang ialah Malindo Air OD820 dan Fire Fly FY2252 yang sepatutnya tiba di LTSAS pada 11.25 pagi.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata penerbangan Fire Fly yang sepatutnya bertolak dari Singapura dan tiba di LTSAS pukul 11.15 turut dibatalkan. - Bernama


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078