Menurut statistik dikeluarkan Greenpeace, terdapat sehingga 60 bilion tan karbon dalam tanah gambut di
Indonesia dengan 75 peratus titik panas adalah di kawasan ladang terbabit.


“Syarikat besar berkenaan seakan tidak sabar untuk mengembangkan operasi mereka di kawasan tanah 
gambut tersebut.



“Terdapat kemungkinan sama ada ia dibakar dengan sengaja atau tidak,” kata jurucakap pertubuhan pencinta 
alam sekitar itu, Yuyun Indradi.



Sementara itu, ahli meteorologi CNN, Tom Sater mendakwa terdapat 1,143 titik panas di sepanjang pantai 
Sumatera ketika kebakaran tersebut sedang berlaku.



Fenomena el-Nino pada tahun ini dikatakan memburukkan lagi masalah tersebut, sekali gus mewujudkan 
keadaan lebih kering yang mengakibatkan api menjadi semakin marak.



Jerebu tebal yang menyelubungi beberapa negara di Asia Tenggara telah menyebabkan negara anggota Asean 
berusaha untuk membawa penyelesaian pelbagai hala terhadap krisis tersebut.