Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, hal demikian bagi memastikan reka bentuk antara bangunan-bangunan kerajaan dan swasta lebih seragam selain menjimatkan kos dan tempoh pembinaan.

“Apa yang kita ketengahkan ini merupakan salah satu tumpuan dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP) 2016-2020 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11),” katanya kepada pemberita selepas dialog tertutup bersama Syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (Teras) anjuran Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Treaju) di sini hari ini. - 


Sumber : Sinar Online