Pages

Sunday, October 4, 2015

Sekolah Diarah Tutup Dua Hari Mulai Besok

Jerebu


ALOR SETAR - Semua sekolah di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup selama dua hari, mulai esok.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat kerana keadaan jerebu semakin teruk.

"Kementerian Pendidikan telah buat keputusan bahawa semua negeri di semenanjung Malaysia kecuali Kelantan, Sabah dan Sarawak diarah tutup mulai esok hingga Selasa.

"Bagaimanapun, keadaan jerebu di Kelantan, Sabah dan Sarawak masih dipantau," katanya kepada media semasa lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, di sini, hari ini.

Menurutnya, penutupan operasi itu tidak perlu diganti semula melibatkan semua guru, murid dan kerani sekolah.


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078