Pages

Sunday, October 4, 2015

Percaya Kemampuan Red Devil

Percaya kemampuan Red Devils


PENGENDALI Manchester United, Louis Van Gaal percaya skuad bimbingannya akan mempunyai peluang yang lebih besar untuk bergelar juara musim ini andai mampu mengalahkan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Bagaimanapun tegasnya, penentu juara bukan perlawanan ke atas Arsenal sahaja cuma keyakinan itu akan lebih tinggi jika kemenangan diraih ke atas skuad The Gunners itu.

“Saya fikir anda harus selalu percaya dan yang jelas keseimbangan kami sekarang jauh lebih baik daripada musim lalu.

"Jadi saya percaya berdasarkan fakta itu. Begitu pun, apa yang penting sekarang bukan soal saya tapi pemain yang harus percayakan diri yang mereka boleh.

"Bila mereka menang ke atas Arsenal, maka kepercayaan kami yang United mampu muncul juara semakin besar. Apa pun, liga tahun ini sememangnya sangat sukar, ia bergantung juga kepada nasib," katanya.

The Red Devils kini mengungguli takhta liga dengan mengumpul 16 mata selepas tujuh perlawanan.



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078