PENGENDALI Arsenal, Arsene Wenger menganggap mengalahkan Manchester United malam
ini mampu memberi suntikan semangat kepada The Gunners dalam usaha mengejar kedudukan
teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).


Wenger berkata, kemenangan penting bagi Arsenal untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan 
teratas.



Walaupun Arsenal baru sahaja mengalami kekecewaan dalam saingan Liga Juara-Juara namun 
Wenger yakin pemainnya mampu bangkit.



“Perlu menang, kami perlu menang di tempat sendiri kerana akan memberi suntikan moral yang 
sangat besar, sekali gus mengurangkan jurang mata dengan mereka.



"Kami tidak berjaya di Liga Juara-Juara, tapi saya tak melihat kami juga tidak akan berjaya di EPL.



"Jadi objektif kami sekarang ialah untuk melakar kemenangan malam ini dan saya yakin kami ada 
peluang untuk berbuat demikian," katanya.



Sumber : Sinar Online