Pages

Sunday, October 4, 2015

Jerebu : Masjid Dan Surau Digalakkan Sembahyang Hajat

Jerebu

SHAH ALAM – Dewan Ulama Pas Selangor mencadangkan semua masjid dan surau di negeri ini mengadakan solat hajat secara berterusan dan berkala susulan keadaan jerebu yang semakin teruk sejak kebelakangan ini.
Ketuanya, Rizwan Rahmat berkata ketika penumpuan diberikan kepada faktor-faktor teknikal manusia, jangan dilupakan tentang penentu iaitu ALLAH SWT.

“Agar musibah yang diberikan oleh ALLAH tidak berpanjangan dan diturunkan hujan semoga jerebu ini dapat dikurangkan.

“Sifat orang-orang yang beriman apabila diuji oleh ALLAH SWT akan sentiasa merujuk dan mendekatkan diri mereka dengan bersabar, solat, berzikir dan raja' kepadaNYA,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Keadaan jerebu di Malaysia kembali kritikal khususnya di Shah Alam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras berbahaya iaitu 308 setakat jam 9 tadi dan menurun kepada tahap tidak sihat iaitu 266 pada jam 1 petang ini.

Sementara, Kementerian Pendidikan mengumumkan semua sekolah di seluruh negara kecuali di Kelantan, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak diarah tutup selama dua hari, mulai esok susulan keadaan jerebu semakin teruk.

Rizwan juga mengajak umat Islam ikhlas dan bermuhasabah dalam menghadapi ujian yang menimpa agar dapat menutup segala pintu-pintu kemurkaan ALLAH SWT.

“Mencegah itu lebih mudah daripada mengubati kerana sesungguhnya musibah ALLAH SWT yang apabila datang ,pasti akan menimpa seluruh rakyat bukan hanya kepada pelaku kejahatan dan maksiat sahaja.

“Gerunlah terhadap ancaman ALLAH SWT sekiranya umat manusia melakukan kezaliman dan kemungkaran di atas muka bumi ini. Semoga dengan merapatkan diri kepadaNya, ALLAH mempercepatkan bantuan dan pertolonganNya,” katanya.

Tambahnya, “kita berdoa agar negara Malaysia semakin makmur dan rakyatnya semakin sejahtera dengan kepimpinan yang lebih bertakwa di masa akan datang serta mendapat keampunan ALLAH SWT.


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078