Pages

Sunday, October 18, 2015

Tujuh Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Kualiti udara


KUALA LUMPUR - Tiga lagi kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat menjadikan keseluruhan tujuh kawasan setakat 8 pagi ini.
    
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Pelabuhan Klang, Selangor dengan bacaan 107, selain Banting juga di Selangor dan Tawau, Sabah masing-masing mencatat bacaan 106 berbanding IPU sederhana malam tadi di ketiga-tiga kawasan tersebut.
   
Empat lagi kawasan kekal mencatatkan kualiti udara merosot sejak semalam ialah Samarahan (111) dan Kuching (102) di Sarawak serta dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka (109) dan Bukit Rambai (102).
    
Sementara itu, sebanyak 32 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Nilai, Negeri Sembilan (96); Sri Aman di Sarawak dan Port Dickson serta Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 95; Shah Alam, Selangor (93); Petaling Jaya, Selangor (90); Tanjung Malim, Perak (85) dan SK Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (84).
    
Kualiti udara di ibu negara mencatatkan bacaan IPU sederhana iaitu 95 di Batu Muda, Cheras (86) dan di pusat pentadbiran Putrajaya (96).     
    
Sebanyak 13 kawasan pula mencatatkan bacaan baik antaranya Kapit, Sarawak (49); Kuala Terengganu, Terengganu (48); Langkawi, Kedah (44); SMK Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan (43); Kangar, Perlis (37); Sandakan, Sabah (34) dan Miri, Sarawak (33).
    
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078