Pages

Wednesday, October 7, 2015

Kesan Jerebu Terhadap Ekonomi Dikaji

Jerebu



KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengkaji kesan jerebu terhadap ekonomi terutama dalam sektor pelancongan, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri.
    
"Ada pekerja yang terpaksa mengambil cuti sakit disebabkan jerebu," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Kimia Timah & Pateri Antarabangsa (ITCSCE) 2015 di sini, hari ini.
    
Terdahulu, Hamim berkata, timah menyumbang secara signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat.
    
"Perlombongan timah juga merangsang pembangunan ekonomi menerusi pendapatan cukai dan eksport serta menyokong pelaburan dalam pengangkutan dan lain-lain prasarana," katanya.
    
Beliau berkata, peserta industri harus mengamalkan perlombongan lestari bagi memastikan tiada risiko terhadap alam sekitar dan generasi masa depan tidak terjejas dalam usaha mencari kekayaan dan kemajuan. - Bernama
Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078