Kim Swee yang juga jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) negara pada masa sama, turut mendedahkan
bahawa beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden FAM, Datuk Abdul Mokhtar
Ahmad baru-baru ini, bagi membincangkan masa depannya bersama badan induk itu.


"Sudah tentu saya rasa sedikit terkilan tetapi apabila saya diberikan amanah, sudah tentu 
saya harus menjalankan tanggungjawab berkenaan dan ketepikan segala masalah," jelasnya.



Sementara itu, pemain tengah Terengganu, Ismail Faruqi Ashari bertekad merebut tempat dalam 
kesebelasan utama pasukan setelah kali terakhir mewakili skuad kebangsaan pada 2011 di 
bawah kendalian Datuk K Rajagobal.



Beliau yang juga boleh beraksi di bahagian serangan mengakui persaingan dalam pasukan bertambah 
sengit pada kali ini dengan kehadiran beberapa pemain baharu terutamanya pemain muda.



"Saya akan buktikan kemampuan saya kepada jurulatih sekiranya saya diturunkan beraksi dalam 
perlawanan menentang Timor Leste selepas ini," kata anak jati Kuala Terengganu itu.



Selepas berdepan Laos, Malaysia bakal berkunjung ke Stadium Perbandaran Dili menentang Timor 
Leste pada aksi kelima kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 pada 13 Oktober 
ini.



Malaysia kini berada di tangga tercorot daripada empat pasukan dalam kumpulan A dengan kutipan satu 
mata menerusi satu keputusan seri dan satu kekalahan.



Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) masih belum memutuskan mengenai keputusan perlawanan Malaysia
 dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, 8 September lepas yang ditangguh susulan kekecohan yang 
ditimbulkan penyokong dipercayai Ultras Malaya. - Bernama