KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran
ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer akibat jerebu di sembilan negeri yang
 dijangka berterusan sehingga hari ini.


Menurut kenyataan MetMalaysia hari ini, negeri terlibat di sekitar perairan Kedah, Pulau 
Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan Sarawak. 



"Keadaan itu berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran," tambah 
kenyataan tersebut.



Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran ribut petir yang berlaku di perairan 
Sarawak iaitu di Kuching, Rejang, Mukah, Miri dan Bintulu yang dijangka berterusan 
sehingga pagi ini. 



Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora 
dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada  bot kecil. 




Sumber : Sinar Online