Pages

Sunday, October 4, 2015

Jerebu Kembali Kritikal Di Lembah Klang

Jerebu


SHAH ALAM – Keadaan jerebu di Malaysia kembali kritikal khususnya di Shah Alam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap berbahaya iaitu 308 setakat jam 9 pagi ini.

Laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut merekodkan lima kawasan lain mempunyai bacaan tertinggi IPU pada tahap sangat tidak sihat.

Antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (271), diikuti Petaling Jaya, Selangor (256), Banting, Selangor (249), Pelabuhan Kelang, Selangor (243) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (235).

Manakala 24 kawasan lain mencatat IPU tidak sihat, dengan rekod bacaan tertinggi di Seremban, Negeri Sembilan (200), diikuti Nilai, Negeri Sembilan (198) dan Cheras, Kuala Lumpur (184).

Bagaimanapun sebahagian besar kawasan di Sabah dan Sarawak pula mencatat IPU sihat dan sederhana.



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078