Duta Rusia di Malaysia, Valery N Yermolov berkata, ujian menggunakan misil BUK ke atas pesawat oleh Almaz-Antey juga menunjukkan corak kerosakan yang dihasilkannya berbeza dengan kerosakan yang didapati pada serpihan MH17.

“Rusia juga menafikan mereka memiliki sistem pertahanan udara BUK kerana misil jenis itu sudah dilupuskan sejak 2011 dan tidak lagi digunakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.