Menurut Fifa, keputusan itu dibuat selepas menganalisis semua keadaan, khususnya
laporan pegawai perlawanan, kedudukan FAM serta rakaman video dan gambar
berkaitan serta tahap keseriusan insiden berkenaan.
    
Perlawanan yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, berdepan dengan
kekacauan penonton yang serius sehingga memaksa permainan dihentikan.
    
Berikutan keputusan itu, Malaysia akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di
laman sendiri pada 17 November di dalam stadium tanpa penonton.
    
"FAM telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Disiplin FAM hari ini,"
tambah kenyataan itu. - Bernama


Sumber : Sinar Online