Pages

Sunday, October 4, 2015

UITM Tangguh Jadual Kuliah Di Selangor Esok

Jerebu


SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan jadual kuliah di semua cawangannya di Selangor esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang mencapai tahap sangat tidak sihat hari ini.

Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata penangguhan itu hanya melibatkan jadual kuliah manakala peperiksaan akhir pelajar diploma akan diteruskan mengikut jadual dan warga kerja UiTM dikehendaki hadir bertugas seperti biasa.

Katanya penangguhan kuliah pada hari-hari berikutnya pula akan diumumkan sehari sebelum tarikh penangguhan berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.

"Bagi kampus UiTM di negeri lain, makluman mengenai penangguhan kuliah adalah berdasarkan bacaan IPU, namun ia tertakluk kepada keputusan Rektor Kampus masing-masing," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sementara itu 931 sekolah rendah dan menengah di seluruh Selangor pula ditutup selama dua hari bermula esok berikutan perkara sama.   

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Noor berkata ia melibatkan 916,223 pelajar dan arahan penutupan berkenaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan hari ini disebarkan kepada kesemua pentadbir sekolah serta-merta.

Sekolah rendah dan menengah yang ditutup membabitkan 131 di Klang; Kuala Selangor (92); Kuala Langat (72); Hulu Langat (127); Hulu Selangor (68); Sabak Bernam (64); Gombak (104); Sepang (51); Petaling Perdana (136); dan Petaling Utama (86).

Setakat 1 tengah hari beberapa kawasan di Selangor masih merekodkan bacaan IPU paras sangat tidak sihat termasuk di Shah Alam (266), Pelabuhan Klang (227), Petaling Jaya (218) dan Banting (217).

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan semua sekolah di Semenanjung kecuali Kelantan ditutup selama dua hari mulai esok. -Bernama



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078