KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan telah membuat persiapan mencukupi bagi
menghadapi sebarang peningkatan kes penyakit akibat jerebu yang dijangka berterusan
dalam tempoh sebulan lagi.


Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, persediaan dari segi ubat-
ubatan dan topeng muka percuma serta perkhidmatan di hospital dan klinik di seluruh 
negara adalah mencukupi.



"Tidak perlu bimbang. Setakat ini juga tidak terdapat peningkatan membimbangkan 
penyakit berkaitan jerebu daripada pemantauan yang kita lakukan di hospital dan klinik 
di seluruh negara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Kesedaran 
Pendermaan Organ 2015 di sini hari ini.



Semalam, Ketua Agensi Pengurusan Bencara Negara (BPNP) Indonesia, Willem 
Rampangile dilaporkan sebagai berkata, masalah jerebu yang berpunca daripada 
kebakaran ladang dan hutan di Indonesia, dijangka berakhir dalam tempoh sebulan
 lagi apabila negara jiran itu mula mengalami musim hujan.



Willem dipetik sebagai berkata dengan peralihan cuaca itu, ia sekali gus memadamkan
 api dalam tanah gambut dan menghilangkan jerebu yang turut melanda Malaysia
 dan Singapura sejak dua bulan lepas. - Bernama


Sumber : Sinar Online