Pages

Saturday, October 10, 2015

Dua KanaK Kanak Ditemui Masih Trauma

hilang orang asli


KOTA BHARU- Dua kanak-kanak yang ditemui hilang di Post Tohoi, Gua Musang masih dalam keadaan lemah dan trauma.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, mangsa Noreen Yaacob, 10 dan Missudiar Aluj 11‎, kehilangan 10 kilogram dari berat asal mereka 25 kilogram.

"Mereka hanya tinggal 15 kilogram selepas lebih 40 hari hilang dan perlu rawatan pemulihan sepenuhnya yang mengambil masa yang lama hampir berbulan-bulan.

"Ini memandangkan mereka kehilangan nutrisi‎ dan kekurangan zat setelah berada lama di dalam hutan,"katanya kepada media.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di HRPZ II,di sini, hari ini.


Ahmad Razin berkata, dari segi Psikologi mereka juga kelihatan tertekan dan perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak, psikologi dan farmasi.

“Setakat ini mereka tidak banyak bercakap dan hanya banyak mendiamkan diri mungkin masih trauma dengan kejadian yang menimpa mereka,”katanya.

Beliau berkata, kedua-duanya dipindahkan ke HRPZ II, bagi memberikan rawatan pemulihan terbaik kepada mereka dengan kepakaran yang ada di hospital itu dan akan rujuk semula ke Hospital Gua Musang selepas mereka mendapatkan rawatan lanjut di hospital itu.

“Kita harap mereka dapat berinteraksi dengan lebih baik mungkin dengan bantuan keluarga mereka,”katanya.


Sumber ; Sinar Online 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078