Dalam pada itu, Sufian menegaskan Malaysia perlu bijak menggunakan hubungan diplomatik
sedia ada dengan Rusia dan Ukraine ke arah mencari dan membawa dalang di sebalik nahas
MH17 itu untuk dibicarakan di negara ini. 
Menurutnya, walaupun Malaysia bukan sebuah kuasa besar, ia boleh menggunakan pengaruhnya
di peringkat antarabangsa sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Asean
 dan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC)
untuk mencapai matlamat itu.
"Kuasa kecil boleh menggunakan kuasa besar untuk mendapatkan keadilan tetapi (kita) perlu
menggunakan kebijaksanaan diplomatik dalam hubungan antarabangsa untuk membolehkan
kita mendapat keadilan.
"Katakan kita berjaya menangkap orang yang menembak pesawat itu, kita perlu beri keterangan
di mahkamah, jadi dokumen yang digunakan dalam siasatan yang dikeluarkan pasukan penyiasat
antarabangsa perlu dibentangkan di mahkamah sebagai sebahagian daripada bahan bukti.
"Saya tak nampak negara seperti Belanda atau mana-mana yang terlibat dalam penyiasatan
 tidak mahu bekerjasama kerana rakyat mereka juga terkorban dalam nahas ini," katanya. 


Sumber : Sinar Online