Pages

Sunday, October 4, 2015

Jerebu : Putrajaya Inter Park Ride Batal

Jerebu


PUTRAJAYA - Program berbasikal 'Putrajaya Inter-Park Ride' yang dijadual berlangsung di Taman Wetland di sini, esok dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam laman Facebook rasmi perbadanan itu, berkata pembatalan program edisi ke-30 itu terpaksa dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini, setakat 8 malam tadi, mencecah 167 iaitu pada paras tidak sihat.

Mengikut jadual, 'Putrajaya Inter-Park Ride' sepatutnya bermula pada 7 pagi hingga 12 tengah hari, dan dirasmikan Presiden PPj Datuk Hasim Ismail dan  disertai 1,000 peserta.

Program itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat ke atas penggunaan taman untuk kegiatan fizikal, terapi tekanan dan menyembuhkan penyakit, selain tempat bagi komuniti dewasa dan kanak-kanak berinteraksi dan meneroka kekayaan alam sekeliling berkonsepkan 'Healthy Park, Healthy People'.

Dalam pada itu, PPj berkata peserta yang telah mendaftar dan membuat bayaran boleh datang ke Taman Wetland esok, untuk mengambil baju kemeja T, pingat serta 'pelekat pasport' untuk pemegang pasport khas acara.

"Tuan puan juga boleh mengambil barangan berkenaan pada hari lain dengan menghubungi pihak penganjur. Sila bawa resit dan kad pengenalan sebagai bukti," menurut PPj. - Bernama



Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078