Pages

Monday, October 12, 2015

MH370: Polis tunggu maklumat Filipina

MH370


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sedang menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Filipina berhubung dakwaan penemuan bangkai pesawat yang berkemungkinan MH370 di selatan Filipina.
   
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak Filipina sedang menjalankan pemeriksaan di lokasi bangkai pesawat itu dikatakan ditemui.
   
"Setakat ini kita tidak dapat sahkan apa-apa lagi dan mereka (pihak berkuasa Filipina) kata akan semak dan periksa.
   
"Ia mungkin mengambil masa kira-kira sehari atau dua hari untuk mereka memaklumkan kepada kita," katanya kepada pemberita pada penutup satu kejohanan sukan di sini hari ini.
   
Khalid mengulas laporan polis yang dibuat seorang lelaki bernama Jamil Omar di Balai Polis Sandakan yang mendakwa ibu saudaranya menemui bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina awal September lepas.
   
Dalam laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
   
Pesawat Malaysia Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
   
Mengulas lanjut, Khalid berkata laporan yang dibuat pengadu itu tidak disertakan sebarang gambar.


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078