Dia tidak dapat melelapkan mata sepanjang 48 hari tinggal di dalam hutan ekoran dikelilingi
mayat rakan-rakannya di samping terpaksa menghidu bau busuk, cerita Noreen kepada ibunya,
Midah Angah,40.
Menurut Midah lagi, Noreen masih mengigau ketika tidur malam dan air matanya menitis
di pipi mungkin teringatkan rakannya yang mati di depannya
"Noreen takut‎ untuk menghadapi situasi ini kerana seorang demi seorang mati dan hanya dia
dan Miksudiar yang masih bertahan. Sukar untuk menerima kenyataan mereka mati depan mati
saya termasuk adik, Haikal yang turut dihanyutkan arus," katanya ketika ditemui di Hospital
Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), hari ini.


Sumber : Sinar Online