LIVERPOOL memecat pengurus kelab itu, Brendan Rodgers selepas tiga tahun setengah
mengendalikan The Reds.


"Kelab bola sepak Liverpool mengumumkan Brendan Rodgers akan melepaskan jawatannya 
dengan serta merta selepas kontraknya tamat. Proses melantik pengurus baharu sedang 
dijalankan," memetik kenyataan di laman web kelab itu.



Rodgers dipecat selepas perlawanan menentang Everton yang menyaksikan Liverpool seri 1-1 
dan menjadikan pasukan itu berada di tangga ke 10 Liga Perdana Inggeris.



Bagaimanapun, memetik BBC keputusan pemecatan dilakukan sebelum perlawanan.



Menurut kenyataan itu lagi: "Walaupun ia merupakan satu keputusan yang sukar, kami percaya 
ia akan memberikan peluang untuk kejayaan di atas padang."



Sementara itu, dalam kenyataan bersama pemilik Kumpulan Fenway Sports, John Henry, 
pengerusi Tom Werner dan presiden kelab, Mike Gordon mengucapkan terima kasih kepada
 Rodgers atas sumbangan signifikan kepada kelab dan merakamkan penghargaan atas komitmen
 dan kerja juatnya.




Liverpool hanya memenangi empat daripada 11 perlawanan dalam kejohanan musim ini.



Rodgers mengambil alih The Reds pada Jun 2012 dan pernah membawa Liverpool ke tempat 
kedua dalam Liga Perdana Inggeris 2013-2014.




Sumber : Sinar Online