Pages

Wednesday, October 7, 2015

Operasi Pembenihan Awan Ditangguhkan Hari Ini

MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Operasi pembenihan awan ditangguhkan hari ini selepas tiada kawasan di negara ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bagi tempoh 72 jam berturut-turut.

Pengarah Bahagian Sains Atmosfera dan Pembenihan Awan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Maznorizan Mohamad  berkata, jabatan itu akan melakukan operasi pembenihan jika keadaan jerebu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 101 dalam tempoh 72 jam atau 3 hari berturut-turut.

Kali terakhir operasi pembenihan awan dilakukan kelmarin di Lembah Klang, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Operasi pembenihan awan biasanya dilakukan dengan mengambil kira faktor keadaan awan, atmosfera yang sesuai dan stabil selain udara lembap di kawasan yang dilanda jerebu.

Sementara itu, keadaan jerebu di seluruh negara semakin reda dengan tiada kawasan mencatatkan IPU tidak sihat, sebaliknya 38 kawasan merekodkan tahap IPU sederhana setakat 4 petang ini. - Bernama


Sumber : Sinar Online


No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078