Pages

Sunday, October 4, 2015

Perlawanan JDT Perak Ditangguh Akibat Jerebu

Jerebu


PERLAWANAN tunggal Piala Malaysia malam ini antara Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Perak di sini, ditunda akibat jerebu.

Komisioner perlawanan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Ruslan Mansor berkata, keputusan itu dibuat disebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Ipoh melebihi 150, iaitu paras tidak sihat.

Tarikh baharu bagi perlawanan Kumpulan B itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, katanya dalam sidang media di Stadium Perak.

Sementara itu, beberapa peminat bola sepak yang datang awal ke stadium kecewa dengan pengumuman tersebut.

Syuhaidah Othman, 25, dari Teluk Intan, berkata beliau mengetahui perkara itu ketika menunggu di luar perkarangan stadium bersama-sama dengan rakan-rakannya untuk menonton perlawanan yang dijadual bermula 8.45 malam.   

Seorang peniaga makanan, Mohd Faizal Zulkefli, 38, dari Chemor, turut melahirkan kekecewaan kerana sudah membelanjakan sebanyak RM700 untuk membuka gerainya sejak pukul 6 petang tadi.

Katanya sejak berniaga selama tujuh tahun di Stadium Perak, ini kali pertama kali pengumuman seperti itu dibuat. - Bernama
 


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078