Pages

Sunday, October 4, 2015

Tiga Landasan Lapangan Terbang Dibuka Semula

Jerebu


KUALA LUMPUR - Landasan di tiga lapangan terbang kini dibuka semula dan beroperasi seperti biasa, menurut kenyataan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) dalam laman Twitternya, hari ini.

Lapangan terbang terbabit ialah Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di Alor Setar dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang yang ditutup sementara setelah jarak ketampakan rendah akibat jerebu tebal.
    
Sementara itu, jurucakap MAHB Ahmad Shahreen Ramli berkata operasi di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) masih berjalan seperti biasa dan tiada sebarang penutupan dibuat.
   
"Saya menasihatkan para penumpang agar menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat jadual penerbangan terkini dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. - Bernama


Sumber : Sinar Online

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078