KUALA LUMPUR - Perjalanan sidang Dewan di Parlimen hari ini terhenti sebentar apabila
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Lebuhraya Pan Borneo ‎bebas
daripada sebarang bayaran tol.


Najib mengumumkan perkara tersebut semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan 
Rakyat di Parlimen petang ini.



"Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang meliputi jajaran sepanjang 1090km dijangka siap 
sepenuhnya pada tahun 2021 dengan anggaran kos sebanyak RM16.1 bilion.



"Di Sabah pula, fasa 1 lebuhraya ini akan mula dibina pada tahun 2016 meliputi 706 
kilometer bermula dari Sindumin ke Tawau, dengan anggaran kos RM12.8 bilion.



"Sukacitanya saya berkongsi bahawa lebuhraya ini akan bebas daripada sebarang 
bayaran tol," katanya.



Keadaan tenang beransur keruh apabila barisan ahli Parlimen pembangkang menyuarakan
 rasa tidak puas hati masing-masing.



Suasana Dewan yang semakin kecoh menyebabkan perjalanan pembentangan Bajet 2016
 terhenti sebentar.



Najib mengambil masa beberapa ketika sebelum menyambung kembali pembentangan.



Sumber : Sinar Online