Pages

Friday, October 2, 2015

MH 17 Dalam Kenangan Bab 1

BAB 1

Tragedi ngeri yang menimpa pesawat MH 17 terhempas setelah ditembak di Timur Ukraine cukup menyentuh hati. Belum reda kesedihan yang melanda waris dan rakyat dengan kehilanganMH 370, kini dilanda pula dengan berita tragis. Tarikh 17 Julai 2014 terpahat dalam sejarah negara, terkorbannya 298 penumpang dengan 15 orang anak kapal MH 17. Siapa yang menjangka  tragedi itu akan berlaku?

Sejarah hitam itu sudah pasti akan terpahat di hati waris mangsa dan rakyat di negara terlibat. Mungkin pada awal tragedi, ada pihak yang sukar untuk menerima hakikat tersebut. Namun, atas dasar keyakinan dan kepercayaan kepada kepada Qada dan Qadar Allah; ketentuan Allah itu dapat diterima dengan hati yang ikhlas. 

Bagi mencari jasad mangsa, Malaysia telah menghantar 133 anggota ke Ukraine. Mereka adalah Pasukan Mencari Dan Menyelamat Khas Malaysia "Smart Team", Polis Forensik, Perubatan Forensik, media, Pegawai Majlis Keselamatan Negara, Angkatan Tentera Malaysia, JAKIM, Jabatan Kimia Negara dan seorang penterjemah bahasa Rusia. Proses pengesanan jasad mangsa bukan suatu perkara yang mudah dilakukan. Ia merupakan satu cabaran yang cukup besar untuk digalas oleh pasukan Khas Malaysia.

Detik cemas apabila Smart Team terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk masuk ke kawasan tragedi iaitu di Donestk. Donestk ketika itu masih dalam zon perang. Kawasan tersebut dikuasai sepenuhnya oleh puak pemisah pro Russia, diketuai Alexander Borodai. berbekalkan tawakal, doa di samping keberanian serta pengalaman lalu, Seramai 12 orang dari Smart Team dapat masuk ke lokasi tragedi. Manakala 20 orang lagi berjaya mengadakan perbincangan dengan puak pemisah pro Russia.

Keputusan mengadakan pertemuan dengan puak pemisah terpaksa diambil walaupun tanpa pengetahuan dan keizinan pihak keselamatan Ukraine. Ia merupakan satu tindakan berani kerana jika perbincangan tersebut tidak mendapat persetujuan dari puak pemisah, sudah pasti keselamatan mereka terancam. Ketegasan penterjemah yang juga seorang doktor perubatan, Dr. Mohd Akmal Saleh ketika berurusan dengan Pegawai Polis dan Pegawai Kerajaan Tempatan turut memudahkan segala urusan ketika itu.

Bagaimanapun, saat paling memilukan dan seketika tergaman apabila mereka dapat masuk ke kawasan tragedi dan melihat 238 beg jenazah. Saat itu merupakan klimaks misi pencarian jasad mangsa pesawat  MH 17. Pengiktirafan dan penghormatan sewajarnya diberikan kepada Pasukan Khas Malaysia yang menjalankan kerja dengan begitu sopan, teliti dan menghormati jenazah ketika mereka mengangkat beg jenazah sehingga ke dalam keranda. Keadaan cuaca yang begitu panas, kerja yang berat serta tempoh puasa yang cukup panjang tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berpuasa dan menjalankan tanggungjawab dengan penuh sopan.

22 Ogos 2014, Jumaat merupakan tarikh bersejarah bagi negara kerana 20 keranda jasad mangsa MH 17 pertama dapat dibawa pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Maka berakhirlah penantian waris mangsa dan seluruh rakyat selama 37 hari selepas tragedi itu berlaku. Semua jasad mangsa dibawa pulang ke tanah air secara bergilir-gilir selepas diadakan proses pengesanan jenazah yang dilakukan di Amsterdam, Belanda. 20 jenazah pertama diterbangkan dengan pesawat khas Boieng 747 oleh juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham dari Lapangan Terbang Schipol, Amsterdam, Belanda. Perjalanan panjang selama 12 jam dari Amsterdam 9.40 malam waktu Malaysia dan tiba di KLIA jam 9.45 pagi Jumaat.

Suasana sayu mengiringi keranda  yang dikeluarkan dari kargo MAS daan diurus oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sayu, pilu sebak kerana suami yang ditinggalkan tidak dapat mengucup dahi isteri, isteri pula tidak dapat menatap wajah terakhir suami, anak tidak dapat menyentuh pipi ibu dan pipi seorang ayah. Manakala ibu tidak dapat memegang dan membelai jasad anaknya untuk kali terakhir. namun, kembalinya keranda itu sudah cukup memberi makna yang amat besar kepada waris mangsa dan seluruh rakyat Malaysia.


Sumber : Dari Dr Akmal Saleh 

No comments:

Post a Comment

 

Lemonping.com

Babab.net

ruangan iklan untuk disewa

Kalo berminat untuk menyewa ruangan iklan boleh hubungi saya di talian 011 21963078